audio

Monday 24 October 2016

IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


ASSALAMULAIKUM SEMUA...


Hari ini,saya akan berkongsi  resepi masakan dari:

Negeri Sembilan iaitu Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi.


Ikan Keli Salai masak lemak cili padi



Masakan negeri ini merupakan salah satu kegemaran saya.First time,ibu saya masak,rasanya yang lemak-lemak santan ditambah dengan rasa kepedasan cili padi serta salai ikan keli tersebut.woww..bertambah-tambah selera saya ...heheh..Jom,cuba laa resepi ini ;)



Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli- dicuci dengan jus limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.Gaul dengan kunyit,garam secukup rasa dan bakar/salai sehingga masak.
  • 2 batang serai diketuk.
  • 1 helai daun kunyit dihiris 
  • 2 kotak kecil santan pekat.
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam gelugor(kalau guna belimbing buluh..lagi sedap)
  • Garam secukup rasa. 

Bahan ditumbuk lumat:
  • 15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)ikut tahap citarasa kepedasan anda.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 3 ulas bawamg putih(bagi ada rase
Cara penyediaan:

  •  Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak sehingga air menjadi kering.
  • Masukkan santan pekat dan air.(semasa memasukkan santan,kita kacau supaya santan tak pecah minyak)
  • Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



inilah cara salai/bakar ikan keli..tapi kalau rasa leceh guna arang,boleh guna pan gril..rasanya pon sama je.



yumyumm..sedapnya makan dengan nasi bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
selamat mencuba...=)