audio

Thursday 3 November 2016

RESEPI KETUPAT PALAS BERINTI

RESEPI KETUPAT PALAS BERINTI


Harini,saya ingin berkongsi resepi yang mengunakan teknik kraf tangan..(jangan ingat seni jer ade kraf,makanan pon ada tau)untuk juadah musim perayaan..iaitu ketupat palas..
Mungkin anda berasa susahnya nak buat ketupat palas..Jangan risau,saya sertakan dengan cara-cara membuat sarung ketupat palas..





Bahan-Bahannya:

  • 2 cawan beras pulut-(direndam semalaman)
  • Santan pekat-(anggaran 1 1/2 cawan)
  • 1/2 helai daun pandan
  • Secubit dua garam dan gula
  • Inti ketupat(serunding ayam/daging/ikan)

Cara penyediaan:
  1. Kukus pulut hingga naik wap.
  2. Masak santan dengan api yang perlahan.Kemundian,masukan simpulan daun pandan serta garam dan gula.
  3. Masak sehingga mendidih kecil dan tutup api.
  4. Keluarkan pulut dari pengukus.Seelok-eloknya,masuk ke dalam bekas yang besar untuk memudah proses menggaul.
  5. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehinngga pulut kelihatan kembang lembut.Kukus semula pulut tersebut.
  6. Bungkuskan pulut dan intinya ke dalam daun palas(pastikan inti berada dalam pulut)
  7. Kukus semula sehingga daun layu.


Cara buat sarung ketupat:



Cara-cara membuat ketupat palas.


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA




RESEPI KUIH TRADISIONAL KUIH BUAH MELAKA.

RESEPI KUIH BUAH MELAKA/ONDEH-ONDEH


Kuih buah melaka atau nama lainnya dipanggil ondeh-ondeh.Kuih ini agak popular di bulan ramadhan.Kuih ini sesuai untuk juadah pagi dan minum petang.






Hidang untuk 5,6 orang.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung pulut
  • 4 sudu tepung gandum
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan-(lagi sedap kalau guna air daun pandan yang dikisar)
  • 1 keping gula melaka(dipotong kecil)
  • Kelapa parut.

Cara penyediaan:
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air.
  2. Masukkan pewarna daun pandan.
  3. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya,kemundian leperkan.
  4. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat
  5. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih
  6. Masukkan semua kuih ke dalam periuk dan angkat kuih-kuih tersebut apabila timbul.Sejat dan biarkan seketika.
  7. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA...

RESEPI KUIH TRADISIONAL

RSESEPI KUIH ABUK-ABUK.

Asssalamualaikum semua...
Hari ini,saya teringin pula nak makan kuih abuk-abuk.
Maklumlah,kali terakhir makan,tahun lepas..hahahaha..
Bagi anda yang pertama kali tengok,inilah gambar kuih abuk-abuk.
 Jadi,hari ini,saya ingin berkongsi resepi kuih abuk-abuk,
Jom follow me..
Bahan-Bahan:
  • 300 gram sagu biji
  • 1 cawan gula melaka.
  • 1/2 kelapa parut
  • Daun pisang- (dipotong segi empat sama)
  • Garam secukupnya
  • Lidi (kerat kecil) untuk sematan
  • 2 helai daun pandan(masuk dalam air kukusan)

Cara penyediaan:
  1. Bilaskan sagu dengan air bersih dan toskan.
  2. Campurkan sagu,kelapa parut dan garam.Gaul rata.
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong.Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  4. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah
  5. Masukkan campuran sagu biji tadi ke dalam kelongsong untuk memenuhi kelongsong(jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong.
  6. Lipatkan kelongsong daun pisang dan sematkan dengan lidi
  7. Kukus selama 30-40 minit
Sedia untuk dihidangkan...
selamat mencuba

RESEPI LONTONG KUAH LODEH

RESEPI LONTONG KUAH LODEH.  







Lontong kuah lodeh,boleh dimakan pada waktu pagi..tengahari sebab sudah lengkap dengan sayur,lauk dan nasi impitnya.Dengan kata,mudah dan senang disediakan.



Bahan-bahannya:
  • 2 inci lengkuang-dititk.
  • 2 batang serai -dititik.
  • 500 gram udang.
  • 1 kotak santan segar.
  • ATAU santan kelapa,1/2 biji kelapa.
  • 1 batang lobak merah -dipotang panjang.
  • 7-8 batang kacang panjang-potang.
  • 1 bungkus tempe - dipotong kiub.
  • 3 ketul tauhu-dipotong kiub.
  • 1 genggam suun.
  • 3-4 keping fucuk,rendam lembut dan potong 1 inci panjang.
  • sedikit kubis -dicincang(angggaran 1/4 bahagian)

Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • ATAU 2 sudu serbuk kunyit.
  • 1 inci halia.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 sudu besar udang kering-rendam bersama air seketika.

Bahan untuk hidangan bersama:
  • Nasi impit-direbus(ikut kuantiti nak berapa banyak)
  • Telur-direbus.
  • Serunding(optional)
  • Sambal ikan bilis(optional)

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan udang,buang kulit dan kepala(jika suka)
  2. Panaskan  3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.Kemundian,masukkan lengkuas dan serai yang dititik.
  3. Masukkan udang dan kacau seketika.Kemundian,tuang santan cair dan masak sehingga mendidih
  4. Masukkan lobak merah dan kacang panjang.
  5. Masukkan pula tempe,tauhu,suun,fucuk dan kubis sehingga lembut.
  6. Setelah lembut,masukkan santan pekat dan masak dengan api yang perlahan.Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
  7. Hidangkan bersama nasi impit,telur rebus,serunding dan sambal ikan bilis.





SELAMAT MENCUBA.....





Wednesday 2 November 2016

LAKSA UTARA.

RESEPI LAKSA UTARA

Resepi laksa utara memang terkenal di negeri kedah dan Perlis.Kuahnya yang pekat ditambah dengan perahan limau dan cili padi..memang terangkat.Jom cuba..


Dua minggu lepas,ibu baru masak laksa untuk kami sekeluarga..sedapp...



Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • 1 kg ikan kembung
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping
  • gula dan garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 50g ikan bilis, rendam seketika
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
  3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
  4. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

TIPS:
  1. Untuk mendapatkan kuah yang pekat,gunakan ikan kembung  yang segar.
  2. Untuk rasa kuah laksa pula,lebih baik kalau makan keesokan harinya, setelah selesai masak kerana masam asam keping itu sudah sebati dengan ikan tersebut.(ibu yang beritahu pada saya).





SEKIAN...
Apa tunggu lagi,jangan difikirin,Jom...ke dapur,mari....








Monday 24 October 2016

IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


ASSALAMULAIKUM SEMUA...


Hari ini,saya akan berkongsi  resepi masakan dari:

Negeri Sembilan iaitu Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi.


Ikan Keli Salai masak lemak cili padi



Masakan negeri ini merupakan salah satu kegemaran saya.First time,ibu saya masak,rasanya yang lemak-lemak santan ditambah dengan rasa kepedasan cili padi serta salai ikan keli tersebut.woww..bertambah-tambah selera saya ...heheh..Jom,cuba laa resepi ini ;)



Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli- dicuci dengan jus limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.Gaul dengan kunyit,garam secukup rasa dan bakar/salai sehingga masak.
  • 2 batang serai diketuk.
  • 1 helai daun kunyit dihiris 
  • 2 kotak kecil santan pekat.
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam gelugor(kalau guna belimbing buluh..lagi sedap)
  • Garam secukup rasa. 

Bahan ditumbuk lumat:
  • 15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)ikut tahap citarasa kepedasan anda.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 3 ulas bawamg putih(bagi ada rase
Cara penyediaan:

  •  Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak sehingga air menjadi kering.
  • Masukkan santan pekat dan air.(semasa memasukkan santan,kita kacau supaya santan tak pecah minyak)
  • Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



inilah cara salai/bakar ikan keli..tapi kalau rasa leceh guna arang,boleh guna pan gril..rasanya pon sama je.



yumyumm..sedapnya makan dengan nasi bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
selamat mencuba...=)