audio

Thursday 3 November 2016

RESEPI KETUPAT PALAS BERINTI

RESEPI KETUPAT PALAS BERINTI


Harini,saya ingin berkongsi resepi yang mengunakan teknik kraf tangan..(jangan ingat seni jer ade kraf,makanan pon ada tau)untuk juadah musim perayaan..iaitu ketupat palas..
Mungkin anda berasa susahnya nak buat ketupat palas..Jangan risau,saya sertakan dengan cara-cara membuat sarung ketupat palas..





Bahan-Bahannya:

  • 2 cawan beras pulut-(direndam semalaman)
  • Santan pekat-(anggaran 1 1/2 cawan)
  • 1/2 helai daun pandan
  • Secubit dua garam dan gula
  • Inti ketupat(serunding ayam/daging/ikan)

Cara penyediaan:
  1. Kukus pulut hingga naik wap.
  2. Masak santan dengan api yang perlahan.Kemundian,masukan simpulan daun pandan serta garam dan gula.
  3. Masak sehingga mendidih kecil dan tutup api.
  4. Keluarkan pulut dari pengukus.Seelok-eloknya,masuk ke dalam bekas yang besar untuk memudah proses menggaul.
  5. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehinngga pulut kelihatan kembang lembut.Kukus semula pulut tersebut.
  6. Bungkuskan pulut dan intinya ke dalam daun palas(pastikan inti berada dalam pulut)
  7. Kukus semula sehingga daun layu.


Cara buat sarung ketupat:



Cara-cara membuat ketupat palas.


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA




No comments:

Post a Comment