audio

Wednesday 2 November 2016

LAKSA UTARA.

RESEPI LAKSA UTARA

Resepi laksa utara memang terkenal di negeri kedah dan Perlis.Kuahnya yang pekat ditambah dengan perahan limau dan cili padi..memang terangkat.Jom cuba..


Dua minggu lepas,ibu baru masak laksa untuk kami sekeluarga..sedapp...



Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • 1 kg ikan kembung
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping
  • gula dan garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 50g ikan bilis, rendam seketika
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
  3. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
  4. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

TIPS:
  1. Untuk mendapatkan kuah yang pekat,gunakan ikan kembung  yang segar.
  2. Untuk rasa kuah laksa pula,lebih baik kalau makan keesokan harinya, setelah selesai masak kerana masam asam keping itu sudah sebati dengan ikan tersebut.(ibu yang beritahu pada saya).





SEKIAN...
Apa tunggu lagi,jangan difikirin,Jom...ke dapur,mari....








No comments:

Post a Comment